TENTANG KAMI
Kisah Kami

EST. 2020
Dari Dapur Kecil ke Hati Pelanggan
Ajalina Kitchen bermula pada tahun 2020, ketika zaman PKP yang mencabar. Bermula dari sebuah dapur kecil di rumah, kami menyediakan nasi goreng dan lauk kampung untuk jiran tetangga yang tidak dapat keluar membeli makanan.
Berkat sokongan pelanggan setia, perniagaan kami berkembang dari pesanan WhatsApp kepada gerai sendiri di Tapah Road. Kini, Ajalina Kitchen menjadi destinasi makan tengah hari & malam yang dikenali kerana rasa asli kampung dan layanan mesra.
Kami percaya, setiap hidangan membawa cerita — dan setiap pelanggan adalah sebahagian daripada keluarga Ajalina. 💛